BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PAJSK

PANDUAN PENGISIAN PAJSK ATAS TALIAN [ TERKINI] 2023/2024]
Kredit owner : Talhah Minson youtube channel

Untuk nota soft copy : Catatan Devi boleh klik link ini : NOTA CATATAN DEVI UNTUK PAJSK idME 2023/2024



PENGISIAN BORANG PAJSK PELAJAR

Borang pelajar terbahagi kepada beberapa bahagian. Huraian untuk setiap bahagian akan dikongsikan dibawah.

KLIK  LINK INI UNTUK DOWNLOAD :BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM UNTUK RUJUKAN PAJSK

Kaedah Pemberian Nilai Skor:

Semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakkan murid untuk mendapatkan skor yang setimpal bagi penglibatan dalam aktiviti berkenaan. Hanya MARKAH YANG TERTINGGI sahaja daripada setiap sub-komponen kokurikulum diambilkira untuk tujuan pentaksiran. 

Hanya markah tertinggi sahaja dari setiap aktiviti sukan dan kokurikulum akan diambil kira untuk tujuan pentaksiran.


Aspek dan Elemen yang dinilai dalam borang PAJSK ialah:

  1. Jawatan
  2. Peringkat
  3. Pencapaian
  4. Komitmen
  5. Khidmat Sumbangan (Peringkat Sekolah)
  6. Kehadiran
  7. TAMBAHAN dlm sistem = isikan jika pelajar menyertai aktiviti selain kelab/persatuan/bb/sp yg didaftarkan


Aspek dan Elemen Wajib diisi:

  • NAMA:Merujuk kepada nama pelajar 
  • KELAS : Merujuk kepada kelas pelajar
  • JENIS AKTIVITI/KATEGORI : Perlu isi Badan Uniform/Kelab/Persatuan/Permainan
  • AKTIVITI/KEGIATAN: Perlu isi apa nama kelab/persatuan/permainan/badan uniform .
  • JAWATAN: Jawatan yang disandang pelajar.

Aspek dan Elemen berikut WAJIB diisi.

Aspek dan Elemen Pertama:

JAWATAN:

  • Tanda pada jawatan yang dipegang oleh pelajar:
  • Jika : AJK tanda kepada : Ahli Jawatankuasa
  • Jika: Ahli biasa dengan penuh kehadiran/ kehadiran hampir penuh tanda Ahli Aktif


Aspek dan Elemen Kedua:

PERINGKAT: *semua peringkat boleh ditanda (*hanya markah tertinggi akan diambil)

  • ANTARABANGSA; penglibatan murid dengan aktiviti luar negara/jemputan penyertaan murid dari luar negara.
  • KEBANGSAAN: penglibatan murid di dalam negeri/negara dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia/agensi kerajaan/bukan kerajaan dengan kelulusan KPM.
  • NEGERI: penglibatan murid dibawah aktiviti anjuran JPN
  • DAERAH/ZON: penglibatan murid dibawah anjuran PPD
  • SEKOLAH : penglibatan murid dibawah anjuran SEKOLAH.

Untuk keterangan lebih lanjut sila klik link berikut :https://www.moe.gov.my/pekeliling/897-maklumat-tambahan-permarkahan-pajsk-sekolah-rendah-dan-menengah/file


PENGLIBATAN

  • PENLIBATAN 1: pelajar yang didaftarkan sebagai peserta pertandingan/kejohanan.
  • PENGLIBATAN 2: pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan latihan pusat dan bertugas sebagai ahli jawatan kuasa.
  • PENGLIBATAN 3: pelajar yang meramaikan majlis seperti penyokong


Aspek dan Elemen Ketiga:

PENCAPAIAN * semua pencapaian boleh ditanda (*hanya markah tertinggi diambil)

Pencapaian antarabangsa/kebangsaan/negeri/zon/daerah hanya ada johan/naib johan/ketiga. HANYA SEKOLAH ada pencapaian johan/naib johan/ketiga/keempat/kelima. 


Aspek dan Elemen Kempat:

KOMITMEN

Hanya tanda 4 elemen. UNTUK AJK sila tanda elemen Menunjukkan Kepimpinan dan Mengurus Aktiviti.(WAJIB).


Aspek dan Elemen Kelima:

KHIDMAT SUMBANGAN

Dalam aspek ini markah diberikan kepada murid berdasarkan penglibatan dan sumbangan dalam aktiviti atau program di peringkat sekolah. 

1)Jika pelajar itu atlet atau peserta sila tanda kotak Atlet atau Peserta.

2)Jika pelajar itu terlibat dengan kemahiran teknikal tanda kotak Teknikal

3) Jika pelajar terlibat dengan persembahan tanda kotak Persembahan

4) Jika pelajar terlibat dengan sokongang tanda kotak Menjayakan Sesuatu

* Guru- guru digalakan tanda : Tanda yang mempunyai markah tertinggi ( kotak 1). 





Aspek dan Elemen Keenam:

KEHADIRAN

Sila tanda mengikut kehadiran pelajar sepanjang aktiviti kelab/persatuan/badan uniform/permainan telah di laksanakan.

*Mesti isi kotak JUMLAH untuk kehadiran.

UNTUK EKSTRA KURIKULUM:

Cikgu-cikgu boleh masukan jugak di dalam PAJSK dan disertakan bersama Borang PAJSK pelajar.

Aktiviti ekstra kurikulum adalah aktiviti yang TIDAK TERLIBAT DENGAN KOKURIKULUM. Contohnya pengawas, pustakawan,koperasi,dan lain -lain di sekolah yang disertai oleh pelajar.

Elemen Ekstra Kurikulum ialah :

Perkhidmatan : Jawatan yang dipegang oleh pelajar selain di dalam Kelab/Persatuan/Permainan/Badan Uniform.

Anugerah : Contoh pangkat yang diperolehi pelajar

Khidmat Masyarakat: Penyertaan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan

Nilam: Pembacaan buku

Untuk rujukan MARKAH PAJSK :LANGKAH-LANGKAH SEMAK MARKAH PAJSK

Untuk rujukan KHIDMAT MASYARAKAT : JENIS-JENIS AKTIVITI SERTA SENARAI SEMAK DOKUMENTASI

Untuk rujukan lebih lengkap guru-guru boleh klik link :https://www.moe.gov.my/index.php/pekeliling/kokurikulum-dan-kesenian-1/895-garis-panduan-pajsk-sekolah-menengah/file



KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN :BUKU PENERANGAN PAJSK BERDASARKAN WEBINAR PBBJPNPPSERTA NOTA CADANGAN PENGISIAN BORANG PAJSK NORMA BARU


KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN :PANDUAN PENGISIAN PAJSK ATAS TALIAN Q&A KOKO ATAS TALIAN






Comments