Jom kita lihat senarai aktiviti-aktiviti yang boleh cikgu-cikgu lakukan selepas habis silibus
👇
AKTIVITI- AKTIVITI PENGUKUHAN
1) Ulangkaji semula tajuk-tajuk yang susah
2) Memperbanyakkan soalan latih tubi
3) Melakukan kuiz
4) Memperbanyakan aktiviti-aktiviti yang memperkembangkan perbendaharaan kata pelajar "KNOWING WORDS KNOWING TERMS"
5) Meminta pelajar membaca nota semula dan hasilkan nota yang lebih ringkas menggunakan peta minda. Kemudian bentangkan kepada seluruh kelas.
6 ) Membuat refleksi bersama pelajar dan tumpukan perhatian dalam topik-topik yang pelajar lebih berminat. Hubungkan topik-topik tersebut dengan dunia sendiri dan luar pelajar.
7) Memperkukuhkan tatabahasa pelajar {Strengthen Grammar}
8) Memberikan latihan-latihan yang boleh memperbaiki tulisan pelajar
9) Memberi modul dan membincangkan modul
AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN
10) Memberikan soalan-soalan KBAT/ HOTS kepada pelajar
11) Membuat permainan penyelesaian masalah "AGONY COLUMN'
12) Mengajar pelajar cara-cara untuk membuat pembentangan
13) Mengajar pelajar cara-cara menulis Email
14) Mengajar pelajar ilmu luar kotak Matematik seperti hubungkan Matematik dengan Pengurusan Duit serta Perakaunan. Mula dengan mudah ke tahap yang sukar. Pelajar confirm minat!
15) Membuat aktiviti-aktiviti [TASK BASED LEARNING] berikan tugasan dan meminta pelajar menyiapkannya. * BUKAN LATIHAN TETAPI TUGASAN [SKILLS ORIENTATED]
16) Membuat aktiviti-aktiviti [CONTENT BASED LEARNING] berikan sesuatu projek dan memberi jangka masa dimana cikgu dan pelajar mengunakan kitaran [PROCESS-PRODUCT]
* Setiap langkah pelajar perlu membuat laporan ringkas
17) Mengajar pelajar penulisan [DIARY] "ceritakanla tentang diri anda
18) Bermain game yang meningkatkan tahap pemikiran pelajar berdasar topik dalam buku teks. IQ GAMES.
19) Mengajar ilmu kemanusiaan sesuai dengan Pendidikan Moral dan Sivik
20) Mengajar pelajar tentang ilmu -ilmu "PSYCHOLOGY AND CAUNSELLING" seperti cara -cara mengawal emosi, pemikiran postif dan pemikiran negatif.
21) Membuat aktiviti-aktivit DIY dan kesenian
22) Menggalakkan pelajar-pelajar membuat experiment secara "VIRTUAL" sesuai untuk subjek Sains dan Amali.
23) Memperkenalkan Dokumentari menarik yang dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan pelajar {building learners general knowledge}
24) Membuat aktiviti-aktiviti seperti {Podcast } dimana pelajar digalakkan untuk bercakap dan kongsikan pendapat sendiri
25) Mengalakkan pelajar membaca pelbagai buku fakta ataupun cerita dan berkongsi pendapat tentang buku tersebut bersama guru dan kawan
26) Membuat nilam bersama pelajar
27) Memperkenalkan sastera kepada pelajar { introduce literature to learners]
28) Memperkenalkan pelajar kepada ilmu pekerjaan dan sektor pekerjaan berdasarkan kesesuaian topik
29) Menggalakan pelajar untuk [THINK OUT OF THE BOX] dan mereka serta mencipta bahan dibawah bimbingan guru.
KLIK LINK INI UNTUK DOWNLOAD : AKTIVITI PENGAYAAN : PENYELESAIAN MASALAH
Comments
Post a Comment