HURAIAN PERSEDIAAN GURU 2022/2023: TEMPOH KESINAMBUNGAN (JAN-FEB 2023) -TEMPOH PERMULAAN BARU (MAR 2023-DEC 2023)

 

* Huraian  ringkas untuk pengurusan dan persediaan untuk diri saya sebagai seorang guru . Saya kongsikan bersama semua guru.

* Semua catatan untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Sekadar perkongsianπŸ˜€

Kita mulakan dengan beberapa perkara : (JAN-FEB 2022/2022) -kesinambungan tahun 2022 dan bermula (Mar-Dec 2023)- tempoh permulaan baru.

Guru kelas atau guru tingkatan memainkan peranan yang sangat penting sepanjang jangka masa ini. Oleh itu , saya telah menulis huraian yang panjang dan penuh teliti. πŸ˜€πŸ‘‡


Beberapa perkara untuk Guru Kelas/ Guru Tingkatan = tahun 2022* kelas yang sama akan dikekalkan !

  • Bidang Pengurusan Kelas:
  • mengambil keluar dan menyusun serta menyemak dan memastikan semua maklumat lengkap berkaitan pelajar di dalam fail pelajar. (penting!) sebelum diserahkan kepada Guru Kelas/ Guru Tingkatan Baru 
  • memastikan semua buku teks pelajar (2022) cukup dan berkaadaan baik, jika ada masalah sila maklumkan kepada pihak SPBT 
  • memastikan rekod kehadiran  lengkap serta senarai nama kelas telah pun dikemaskinikan 
  • pastikan APDM beres.

  • Bidang Kokurikulum
  • memastikan semua fail dan maklumat koko serta PAJSK telah diselesaikan dan lengkap untuk semua pelajar didalam kelas .


  • Bidang Kurikulum
  • memastikan jika  semua markah/ tp telah diproseskan s
  • memastikan pada akhir (Jan-Feb 2022/2023) semua data PBD telah pun disiapkan .


Beberapa perkara untuk Guru Kelas/ Guru Tingkatan =tahun 2023* bermula MAR 2023 BARU!

  • Bidang Pengurusan Kelas:
  • memastikan telah memperolehi fail pelajar bersama semua maklumat lengkap mengikut kelas yang diberi ( pindaan 2022 ke2023)
  • memastikan semua pelajar didalam kelas baru telah memperolehi buku teks
  • serta memulakan semula proses pengurusan kelas yang biasa dilakukan


  • Bidang Kokurikulum
  • memastikan telah mendapatkan fail PAJSK yang lengkap untuk semua pelajar didalam kelas baru. (pindaan 2022 ke 2023)

  • Bidang Kurikulum
  • Bermula dari baru. 

Seterusnya adalah huraian secara ringkas untuk semua guru. πŸ˜€πŸ‘‡

Beberapa perkara untuk semua Guru secara umum = sepanjang tempoh kesinambungan (JAN-FEB 2022/2023) sehingga tempoh permulaan baru (MAR-DEC 2023).

Berkaitan Penulisan RPH 
  • mendapatkan buku RPH baru/ sediakan Fail RPH baru supaya mudah untuk rujukan. 
  • sebelum menulis RPH baru -tuliskan tajuk atau nota ringkas di muka awal (Jan-Feb 2022/2023) kesinambungan (tahun 2022 ) dan mula Mar (2023-tuliskan nota permulaan tahun 2023). 
  • melampirkan jadual waktu yang masih diberi/ dikekalkan sehingga (Jan-Feb 2022/2023-nota tulis kesinambungan PDP didalam RPH
  • melampirkan jadual waktu BARU  bermula Mar 2023 didalam RPH-nota tulis permulaan baru PDP tahun 2023.
Berkaitan PDP  sepanjang tempoh kesinambungan (Jan- Feb 2022/2022)
  • boleh membuat aktiviti pengayaan atau pengukuhan bersama pelajar ulangkaji pun digalakkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar

Berkaitan Buku Latihan atau Hasil kerja pelajar 
  • kekalkan pengunaan buku latihan yang sama sepanjang tamat tempoh kesinambunga (Jan-Feb 2022/2023)
  • cuba selesaikan penyemakan semua latihan pelajar sebelum tamat tempoh kesinambungan (Jan-Feb 2022/2023) kalau boleh cuba selesaikan sebahagian Dec 2022 . -sempat pulangkan semua buku latihan dan hasil kerja pelajar sebelum SESI BARU 2023 (MAR BERMULA).
Berkaitan Peperiksaan dan Pemarkahan [ jika ada]
  • sempat semak semua kertas peperiksaan sepanjang cuti Dec 2022
  • sedia dan selesai memberikan markah peperiksaan kepada guru kelas /tingkatan sepanjang tempoh kesinambungan (Jan-Feb 2022/2023).
Berkaitan Penilaian PBD 
  • sehingga bulan Dec 2022- PBD telah selesai dibuat dan penilaian PBD selepas cuti dalam masa tempoh kesinambungan (Jan-Feb 2022/2022) masih diteruskan penilaian ke atas pelajar kelas lama. 
  • Semua data lengkap telah pun diserahkan kepada SU PBD sebelum pelajar masuk ke tempoh permulaan baru (Mar 2023).

Berkaitan Data/ Maklumat Kokurikulum 
  • semua data/maklumat kokurikulum pelajar masih dikekalkan mengikut tahun 2022 sepanjang tempoh kesinambungan (JAN-FEB 2022/2023).
  • semua KP perlu pastikan senarai nama ahli terkini berdasarkan kpbb dan sp
  • semua maklumat PAJSK telahpun di berikan kepada guru tingkatan/kelas  9tempoh kesinambungan(sebelum cuti Dec 2022/ tempoh kesinambungan (Jan-Feb 2022/2023).
  • semua KP perlu pastikan semua fail kokurikulum (telahpun dilengkapkan pada Dec 2022 dan jika perlu disambungkan hingga Jan-Feb 2022. Mulai Mar tempoh permulaan baru semua akan menjadi baru
  • dalam fail masing-masing sila buatkan pisahan antara (tempoh kesinambungan 2022/2023) dan (tempoh permulaan baru (Mar 2023).
  • pendaftaraan baru mungkin hanya akan dilakukan pada bulan Mar 2023 untuk pelajar .
  • semua penyelaras perlu pastikan semua kp telah melengkapkan fail sebelum bermula tempoh permulaan baru (Mar 2023).
Berkaitan Fail PBPPP
  • boleh kekalkan fail PBPPP tahun 2022 dengan membuat kertas pisahan tajuk kesinambungan tahun 2022  (Jan- Feb 2022/2023) dan masukkan maklumat. Kemudian pada bulan Mar (2023) buat pisahan kertas tajuk permulaan baru (Mar-Dec 2023) dan masukkan maklumat .
Berkaitan Keberhasilan
  • mungkin akan mula buat bulan Mar (tempoh permulaan baru 2023)

Untuk Persediaan Kumpulan Mata Kredit/ LDP bagi tempoh permulaan baru 2022
  • membaca dan menyediakan 4 sinopsis buku yang lengkap untuk mendapatkan markah kredit Ulasan Buku.

Berkaitan Unit Disiplin bahagi kepada 3 sesi
  • Sesi 1
  • Sepanjang tahun 2022 hingga Dec 2022
  • cuba isikan dan selesaikan kes/masalah
  • Sesi 2
  • Masuk tenpoh kesinambungan (Jan-Feb 2022/2023)
  • mula isikan dan selesaikan kes/masalah dalam tempoh ini dan pastikan semua berkaitan 2022 berakhir.
  • Sesi 3
  • Masuk tempoh permulaan (Mar 2023) mulakan baru.

* Hanya untuk rujukan sendiri dan sekadar perkongsian πŸ˜€ Harap membantu para guru.








Comments