CARA PENGURUSAN DATA PELAJAR KOKO GUNA LINK GOOGLE DRIVE JE

 Salam para cikgu, hari ini Devi nak kongsikan salah satu cara yang amat mudah untuk menguruskan data koko pelajar; hanya gunakan SATU LINK GOOGLE DRIVE SAHAJA! Senang untuk para ketua penasihat ,guru kelas/ guru tingkatan , penyelaras dan juga SU koko.


Jom lihat langkah demi langkah:


Langkah Pertama:

Gunakan moe, hasilkan satu google drive link dan pastikan link tersebut share setting all can VIEW .


Langkah Kedua:

Hasilkan folder baru untuk setiap tingkatan contoh Tingkatan 1 - Tingkatan 5 setiap satu satu folder , hasilkan juga folder tajuk 'Semua Dokument Koko dan upload terus semua dokument koko:



Langkah Ketiga :

Pastikan gabung semua data koko Tingkatan 1 dalam satu excel sheet . Sama juga untuk setiap tingkatan/kelas dan upload mengikut setiap folder. Seperti dibawah:

Sekolah Devi hanya 5 kelas tingkatan 1 maka Devi gabungkan je semua kelas dalam 1 sheet excel dan terus upload ikut folder.



Langkah Keempat:

Pastikan untuk ubah setting setiap excel sheet ; klik share dan kemudian masukkan SU KOKO sebagai ' editor daftar guna email moe SU". Supaya nanti SU boleh terus EDIT NAMA PELAJAR MASUK ATAU PINDAH. Penyelaras tidak perlu edit! SU boleh jaga semua, penyelaras HANYA MAKLUMKAN KEKOSONGAN .

Langkah Kelima :

Kongsikan sahaja LINK GOOGLE DRIVE KEPARA SEMUA KETUA PENASIHAT DAN GURU TINGKATAN.


Langkah Keenam :

Ajar para KP dan Guru tingkatan cara untuk Filter!. Klik file Klik Download Dapatkan Salinan Sendiri. Kemudian Klik Filter dan Print je nama senarai ahli / kelas masing-masing.

SIAP!

*Penyelaras tidak perlu print senarai ahli lagi
* Penyelaras tidak perlu sentiasa update senarai ahli 
* SU akan update pelajar baru / pindah terus dalam Master copy
* Para KP boleh sentiasa rujuk Master copy terkini
* Guru tingkatan boleh print terus berapa salinan yg diperlukan






Comments