AKTIVTI KOKO UNTUK SETIAP KUMPULAN AHLI

 

              Disclaimer : Ini hanya sekadar cadangan Devi untuk rujukan para guru sahaja. 

            AKTIVITI BERBEZA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK SETIAP KUMPULAN AHLI

Pembahagian kumpulan 

 Kumpulan ahli kita boleh bahagikan kepada 3 kumpulan secara umum;

  •  Kumpulan A : Selalu hadir
  • Kumpulan B: Hadir dan tidak hadir secara berselang
  • Kumpulan C: Jarang hadir untuk perjumpaan
Cara pembahagian

* Kita boleh kenali setiap ahli ini dan bahagikan ahli kepada kumpulan melalui data kehadiran.[ untuk kehadiran]

Penerangan

Setiap tiga kumpulan ini boleh diberikan aktiviti yang berbeza dimana setiap aktiviti akan memberi tumpuan kepada ahli kumpulan tertentu walaupun semua ahli boleh terlibat secara langsung supaya tiada ahli yang tertinggal . 


Penjelasan aktiviti

Ini adalah sedikit sebanyak cadangan aktiviti untuk kumpulan masing-masing.

FOKUS!Kumpulan A:

Cikgu boleh melakukan kuiz 30 minit atau sesi soal jawab sebelum selesai setiap perjumpaan.  Ahli kumpulan B dan C boleh mengambil bahagian tetapi lebih tertumpu untuk ahli-ahli kumpulan A .Cikgu boleh mengunakan Borang Tracking untuk menanda setiap ahli-ahli yang menjawab. Melalui Borang Tracking cikgu juga boleh mengenali ahli A yang tidak menjawab dan memintanya menjawab pada sesi-sesi berikut. 

Borang Tracking boleh didapatkan dari Blog Devi. [ Idea Devi]


FOKUS!Kumpulan B:

Cikgu boleh melakukan pertandingan sekali sekala sewaktu perjumpaan memastikan ahli-ahli kumpulan B ini mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Ahli Kumpulan A dan C boleh mengambil bahagian tetapi LEBIH TERTUMPU KEPADA AHLI KUMPULAN B UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN. 

Cikgu boleh juga mengalakkan Kumpulan B menyertai pertandingan seperti Menghias Papan Kenyataan Unit. 

Cikgu boleh mengunakan borang tracking untuk menanda ahli yang menyertai pertandingan. Melalui ini cikgu boleh mengenali ahli B yang tidak menyertai dan meminta ahli B yang tidak sertai untuk sertai pertandingan sesi seterusnya. 

Borang Tracking boleh didapatkan dari Blog Devi. [ Idea Devi]


FOKUS !Kumpulan C :

Cikgu boleh memberikan tugasan seperti Folio untuk mereka siapkan dan berikan semula kepada cikgu pada masa yang ditetapkan. Ahli kumpulan A dan B boleh buat tapi TERTUMPU UNTUK AHLI KUMPULAN C

Cikgu boleh mengunakan borang tracking untuk menanda ahli yang menghantar Folio. Melalui ini cikgu boleh mengenali ahli C yang tidak menghantar Folio dan memastikan di hantar . 

Borang Tracking boleh didapatkan dari Blog Devi. [ Idea Devi]





Comments

  1. oleh melakukan kuiz 30 minit atau sesi soal jawab sebelum selesai setiap perjumpaan. Cikgu boleh mengunakan Borang Tracking untuk menanda setiap kali ahli menjawab. Melalui Borang Tracking cikgu juga boleh mengenali love language test ahli A yang jarang menjawab dan memintanya menjawab pada sesi-sesi berikut. setiap kali sebulan dan memastikan ahli-ahli kumpulan B ini mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Ahli Kumpulan A boleh mengambil bahagian

    ReplyDelete

Post a Comment