AKTIVITI SET INDUKSI

 

  1. .       Brainstorming
    Cikgu bertanya beberapa soalan kepada pelajar dan pelajar memberi pelbagai jawapan

    2. Hotseat
    Seorang pelajar dipilih dan diminta kehadapan kelas. Kemudian pelajar lain akan bertanya soalan dan pelajar di depan akan menjawba

    3. Activating pre-knowledge
    Cikgu memberi nama tajuk/ topik/ tema dan pelajar akan menulis apa mereka tahu berkaitan tajuk/topik/tema yang diberi

    4. Sesi soal jawab
    Cikgu bertanya soalan dan pelajar akan menjawab secara lisan atau bertulis

    5. Teka- teki
    Cikgu memberi teka-teki dan pelajar cuba menjawab

    6. Jigsaw Puzzle
    Cikgu memberikan potongan -potongan kecil sebuah gambar dan pelajar perlu mencantumkan semua potongan-potongan kecil dan membentuk sebuah gambar

    7. Storytelling/ Bercerita
    Cikgu akan memberikan ayat- ayat / senarai perkataan dan pelajar-pelajar perlu sambungkan ayat-ayat/ mengunakan senarai perkataan yang diberi untuk menghasilkan sebuah cerita

    8. A short role play/ lakonan
    Cikgu akan memberi situasi kepada kumpulan pelajar dan pelajar akan berlakon dan cikgu dan pelajar akan berbincang berkaitan lakonan tersebut.

    9. Membaca sajak / puisi/ pantun/ poem berkaitan tajuk/tema
    Cikgu akan menulis di atas papan putih dan pelajar bersama cikgu akan menganalisis sajak/puisi/pantun/ poem dan meneka tajuk/tema yang akan dipelajari.

    10. Mengunakan peta I-Think / peta minda untuk menulis jawapan dari pelajar

    Cikgu akan melukis peta I -Think/peta minda dan bertanya soalan kepada pelajar dan menulis jawapan pelajar dalam peta I- Think/ peta minda


    11. Aktiviti mendengar

    Cikgu akan memainkan audio dan pelajar akan mendengar dan kemudian menjawab lembaran kerja/ berbincang bersama cikgu tentang kandungan audio tersebut


    12. Bernyanyi bersama lirik lagu
    Cikgu akan menulis lirik lagu atas papan putih dan pelajar bernyanyi bersama cikgu.

    13. Menonton video dan berkongsi pendapat
    Cikgu akan memainkan video , pelajar akan menonton dan cikgu dan pelajar akan berkongsi pendapat berkaitan video yang ditonton

    14. Berkongsi pendapat / menjawap soalan berkaitan sebuah gambar/ picture series
    Cikgu akan menampal sebuah gambar/ beberapa gambar di atas papan putih dan pelajar berkongsi pendapat berkaitan gambar-gambar tersebut . Cikgu akan bertanya beberapa soalan berkaitan gambar tersebut dan pelajar akan memberi jawapan.

    15. Melukis
    Cikgu akan memberi tajuk/tema/topik dan pelajar akan melukis gambar yang berkaitan dengan tajuk/tema/topik yang diberikan

    16. Melihat objek-objek yang dipamerkan dan memberi pendapat
    Cikgu akan meletakan beberapa objek di atas meja dan pelajar dan melihat, sentuh dan berikan pendapat mereka berkaitan objek-obejk tersebut

    17. Pictionary
    Pelajar akan membaca perkataan yang diberikan, kemudian melukis sebuah gambar dan pelajar lain akan meneka lukisan tersebut .

    18. Bertutur mengunakan Bahasa isyarat/ Non verbal communication
    Cikgu mengajar pelajar Bahasa isyarat berkaitan tajuk yang ingin diajar dan pelajar akan meneka maksud Bahasa isyarat tersebut
    19. Problem-Solving / Menyelesaikan masalah
    CIkgu memberikan contoh-contoh situasi dan pelajar cuba selesaikan masalah yang terdapat dalam situasi tersebut.

    20. Relia

    Cikgu membawa masuk bahan-bahan betul dan berbincang bersama pelajar


    21. Mengunakan lembaran kerja seperti permainan Bahasa/ quiz

    Cikgu memberikan lembaran kerja dan pelajar menjawab.


    22. Permainan Meneka Code/ Kata Kunci

    Cikgu menulis huruf A-Z dan kemudian menulis nombor 1-10 untuk setiap huruf. Kemudian cikgu hanya menulis nombor 1-10 dan pelajar perlu meneka kata kunci-kata kunci yang tersembunyi.

    23. Mengisi lirik lagu
    Cikgu menulis lirik lagu di atas papan putih dan pelajar salin lirik lagu tersebut. Kemudian cikgu mainkan lagu tersebut dan pelajar akan mendengar dan melengkapkan lirik lagu tersebut. Kemudian cikgu dan pelajar berbincang berkaitan lirik lagu tersebut.

    24. Membuat ulasan berkaitan sebuah buku
    Cikgu membawa masuk sebuah buku yang berkaitan tema/topik/tajuk yang ingin diajar ke dalam kelas. Kemudian cikgu akan bertanya kepada pelajar soalan-soalan berkaitan buku tersebut dan pelajar akan cuba menjawab.

    25 Read my notes teacher
    Cikgu akan memberikan tajuk/tema/topik yang ingin diajar dan kemudian pelajar akan menulis apa yang mereka ingin belajar/ soalan yang ingin mereka bertanya berkaitan tajuk/tema/topik/ adakah mereka berminat untuk belajar tajuk/tema/topik berkaitan dan sebagainya di atas ‘ sticky notes’ dan tampalkan diatas kertas majung yang ditampal di dinding .




    26 Ejaan / Spelling
    Cikgu menyebut kata kunci-kata kunci berkaitan tajuk/tema/topik yang ingin diajar dan pelajar akan mengeja kata kunci-kata kunci tersebut. Kemudian melihat senarai kata-kunci yang diberi pelajar akan meneka tajuk/tema/topik yang akan dipelajari

    27 Question and Answer cards??
    Cikgu akan membahagikan pelajar kepada kumpulan , ada kumpulan mendapat card “Question” dan ada kumpulan mendapat “Answer” card. Pelajar perlu bergerak dan berinteraksi antara satu sama lain untuk mendapatkan jawapan yang betul untuk “Question” card masing-masing.

    28 Ini Betul Ini Salah
    Cikgu akan senarai semua maklumat berkaitan tajuk/tema/topik yang ingin diajar dan pelajar akan meneka maktlumat mana yang mungkin betul dan mungkin salah berkaitan tajuk/tema/topik yang akan dipelajari.

    29 Kenali yang tidak benar dan ubah ke benar
    Cikgu kongsikan pelbagai maklumat tidak benar berkaitan tajuk/topik/tema yang ingin diajar dan pelajar akan meneka tajuk/tema/topik yang akan dipelajari dan membetulkan maklumat yang tidak benar ke benar.

    30 Membaca dan meneka keratan petikan
    Cikgu akan kongsikan keratan petikan dan pelajar akan membaca petikan dan meneka tajuk/topik/tema yang akan dipelajari





Comments