15AKTIVITI UNTUK PASUKAN BADAN BERUNIFORM SECARA 'INDOOR'

 1. Menonton video kawad dan mempelajari teknik serta teori kawad/isyarat. Selepas menonton cikgu boleh bertanya soalan dan ahli-ahli yang menjawab boleh diberi markah

2. Menulis karangan dengan tajuk : Saya meminati badan uniform ini kerana_________

3. Boleh mempelajari pakaian seragam Badan Uniform. Kemudian melukis dan mewarna gambar pakaian seragam

4. Boleh mempelajari pelbagai teori ikatan. Kemudian, cikgu boleh membahagikan ahli kepada kumpulan dan mengadakan aktiviti ikatan. Kumpulan yang boleh membuat banyak ikatan adalah pemenang dan ahli didalam kumpulan tersebut boleh diberi markah.

5. Kenali Bendera Badan Uniform .Aktiviti melukis dan mewarna bendera Badan Uniform 

6. Kenali Lagu Badan Uniform. Aktiviti mengenali Lagu Badan Uniform dan kemudian menulis lirik lagu dan menyanyi. Selepas itu cikgu boleh meminta ahli hafal lirik lagu dan menulis semula.

7. Kenali Perkhemahan .Mempelajari teori-teori berkaitan perkhemahan dan ahli membuat pembentangan/ ahli memasak

8.  Melengkapkan Buku Log . Cikgu-cikgu boleh membimbing para ahli untuk menghasilkan Buku Log. Ahli yang melengkapkan Buku Log boleh diberikan markah.

9. Mengenali balutan dan pertolongan cemas.

10.Menghasilkan poster . Cikgu boleh memberikan tema Moral dan Kerohanian . Boleh berkaitan Badan Uniform dan meminta para ahli menghasilkan poster 

11. Mengenali situasi serta masalah masyarakat. Cikgu memberikan pelbagai situasi/isu/masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Para ahli dalam kumpulan membincangakan cara penyelesaian dari perspektif ahli badan uniform tertentu dan berkongsi bersama.

12. Mengenali peta kawasan . Cikgu boleh meminta para ahli melukis peta kawasan sekolah 

13. Menghasilkan Binaan. Cikgu boleh meminta para ahli mengunakan bahan kitar semula dan menghasilkan Binaan seperti alat-alat berkaitan perkhemahan.

14.Mempelajari aspek keselamatan. Para ahli boleh membuat pembentangan berkaitan aspek keselamatan.

15. Membuat lakonan. Cikgu boleh memberikan pelbagai situasi dan para ahli membuat lakonan.






Comments