10 AKTIVITI UNTUK SUKAN DAN PERMAINAN DI DALAM BILIK DARJAH

 Salam para guru, Devi kongsikan  aktiviti -aktiviti yang boleh dilakukan didalam bilik darjah untuk Sukan dan Permainan. 

Jom Lihat 

* Ini hanya sekadar cadangan Devi untuk rujukan para guru



Aktiviti 1

  • Video

Menonton video sukan dan permainan dan mengulas video tersebut. Ahli dibahagikan kepada kumpulan dan selepas menonton video, ahli berbincang dalam kumpulan dan mengulas video tersebut. Cikgu boleh memberi beberapa soalan untuk membantu ahli .


Aktiviti 2

  • Pembentangan

Membuat pembentangan tentang sebuah sukan dan permainan. Ahli dibahagikan kepada kumpulan. Kemudian cikgu memberikan setiap kumpulan nota berkaitan satu sukan dan satu permainan. Ahli perlu membuat persediaan awal dan sewaktu perjumpaan pembentangan akan dilaksanakan.


Aktiviti 3

  • Menulis karangan

Para ahli perlu menulis karangan tajuk :

Saya suka bermain___________

Sukan / Permainan yang saya minati ialah__________

Tokoh sukan/permainan kegemaran saya ialah___________


Aktiviti 4

  • Membuat folio

Ahli dibahagikan kepada kumpulan. Cikgu memberitahu awal untuk menyediakan bahan untuk folio mereka. Tajuk folio, sukan /permainan yang saya minat. Peraturan folio diberitahu lebih awal. Sewaktu perjumpaan , cikgu bersama para ahli siapkan folio masing-masing.


Aktiviti 5

  • Membuat kuiz

Cikgu membahagikan para ahli kepada kumpulan. Kemudian setiap kumpulan , tajuk diberikan dan para ahli perlu berbincang dan sediakan soalan kuiz. Pada perjumpaan seterusnya sesi kuiz dilaksanakan. 

atau

Cikgu sediakan soalan kuiz dan sewaktu perjumpaan sesi kuiz dilaksanakan


Aktiviti 6

  • Menulis nota

Cikgu menunjukkan PPT nota berkaitan sejarah, teknik dan peralatan berkaitan sebuah sukan/permainan dan para ahli menulis nota dalam buku. Selepas menyalin nota, para ahli boleh membaca nota dan waktu sesi soal dan jawab para ahli menjawab soalan cikgu.


Aktivti 7

  • Indoor/ Outdoor games

Para ahli boleh bermain didalam bilik darjah untuk 'indoor games'. Cikgu boleh membuat pertandingan sesama para ahli.

Untuk sukan dan permainan 'outdoor games' . Cikgu boleh membuat Pictionary / Permainan Perbendaharaan Kata [word games] 


Aktiviti 8

  • Melukis dan Mewarna

Para ahli boleh melukis dan mewarna gambar-gambar peralatan sukan/permainan


Aktiviti 9

  • Sesi Temuduga

Para ahli boleh bergerak dan bertanya beberapa soalan berkaitan  sukan dan permainan kepada para ahli. Setiap ahli perlu bertanya kepada sebanyak ahli yang mungkin dalam masa yang ditetapkan. Semasa bertanya para ahli perlu mencatat maklumat yang diperolehi. Nanti cikgu akan memanggil nama beberapa ahli dan para ahli akan berkongsi.

Soalan yang akan ditanya:

Apakah sukan/permainan yang  kamu minati?

Kenapa kamu minati sukan/permainan tersebut?

Bolehkah kamu kongsikan sedikit maklumat berkaitan sukan/permainan tersebut?


Aktiviti 10

  • Hasilkan Peta Minda

Cikgu akan membahagikan para ahli kepada beberapa kumpulan. Kemudian setiap kumpulan akan diberikan kertas majung dan tajuk tertentu berkaitan sukan dan permainan. Ahli kumpulan perlu  menghasilkan peta minda dengan mengisikan maklumat berkaitan tajuk yang diberi. Kemudian akan dibentangkan.


Cara untuk merekod penglibatan para ahli 

Setiap kali ahli mengambil bahagian secara aktif , cikgu boleh mencatat dalam Borang Tracking cikgu. 




Comments