CONTOH INTERVENSI MENGIKUT TP

 Devi kongsikan contoh-contoh Devi guna untuk menulis intervensi dalam ideme mengikut TP. JUST SHARING.


TP1 – Belum Menguasai (Tidak Faham Langsung)


Intervensi:

  • Penerangan semula secara perlahan & jelas
  • Gunakan alat bantu visual (gambar, video, kad imbas)
  • Aktiviti berulang-ulang (drill and practice)
  • Bimbingan individu atau kumpulan kecil
  • Gunakan bahasa yang mudah 
  • Latihan asas dengan bimbingan guru sepenuhnya

TP2 – Mula Menguasai (Faham Sebahagian)


Intervensi:

  • Tugasan bertahap dengan sokongan (scaffolding)
  • Soalan berpandu (contoh: isian tempat kosong)
  • Gunakan carta alir atau peta minda
  • Latihan  soalan aras rendah (LOTS)
  • Beri contoh dan format yang tetap
  • Aktiviti latihan berpasangan (peer learning)

TP3 – Menguasai Asas (Boleh Buat Dengan Bantuan)


Intervensi:

  • Tugasan latihan selaras aras pertengahan
  • Aktiviti berasaskan permainan pembelajaran
  • Sesi pembentangan mudah
  • Latih tubi dengan variasi soalan
  • Aktiviti kumpulan kecil dengan peranan tertentu

TP4 – Menguasai Sepenuhnya (Tanpa Bantuan)


Intervensi:

  • Latihan pengayaan 
  • Cabaran tugasan tambahan atau projek mini
  • Tugasan berasaskan penyelesaian masalah
  • Aktiviti simulasi atau lakonan
  • Kuiz interaktif

TP5 – Mengaplikasi Secara Berkesan (Kreatif / Inovatif)


Intervensi:

  • Projek berasaskan inkuiri
  • Aktiviti penerokaan atau kajian lapangan
  • Aktiviti reka cipta atau reka bentuk penyelesaian
  • Persembahan multimedia atau bahan digital
  • Tugasan individu berdasarkan minat


TP6 – Tinggi / Luar Jangkaan (Pemimpin Pembelajaran)


Intervensi:

  • Mentorship: bantu rakan lain (peer tutor)
  • Tugasan berbentuk pertandingan atau debat
  • Penulisan kreatif, esei mendalam atau blog
  • Kajian tindakan kecil (mini research)
  • Projek inovasi atau ciptaan



Comments